Wednesday, December 2, 2009

kemenangan lagi..

Kemenangan lagi..
Mark rasa Mark la orang yang paling last menghupdate blog tentang kejayaan lagu BENGANG yang melayakkan diri ke final AJL24. Tapi apa-apa pong tak kesah la. Jumaat lepas sewaktu minggu ketiga separuh akhir muzik-muzik 24 Mark hanya menetap dirumah kerana Mark bakal mendapat anak buah yang kedua. Pada malam tersebut 8 lagu lagi yang berentap. Apa yang hendak Mark komentar kat sini adalah persembahan pada malam tersebut tidak sehebat malam mingu sebelumnya. Agak boring sedikit. Dengan muka yang agak stress, Mark cuba untuk menunggu sehingga abis sebab nak dengar pengumuman lagu BENGANG layak tak ke final..
Tunggu punya tunggu tibalah masa dan detiknya. Masa tuh memang tak hirau la keadaan diluar. Lagu pertama tiada lagi.. Lagu kedua juga tiada lagi. LAgu ketiga tak de lagi nie. Dan akhirnya lagu yang keempat seolah-olah macam nak gugur jantung. Terpilih juga lagu BENGANG. Kita tunggu je la finalnya nanti.. Hope semua ok.
Dalam keseronokan out ada juga dukanya. Bukan duka yang membuat kita sedih. Duka yang membuat Mark makin terharu. GAFIMMERS bertungkus lumus mengundi lagu BENGANG setiap minggu untuk menjuarakan lagu itu pada setiap minggu. Alhamdulillah semuanya menjadi. Tiga minggu berturut-turut lagu BENGANG menjadi juara carta. Setelah itu GAFIMMERS bertungkus lumus lagi untuk menghadiri separuh akhir tersebut dengan membawa banner baru. Paling terharu apabila Akim member ucapan dia tidak lupa bersyukur kepada tuhan dan mengucapkan terima kasih kepada GAFIMMERS.
“Akim akan buat yang persembahan dan vocal yang terbaik walaupun tak menang AJL”. Janjinya kepada GAFIMMES.
Kepada ahli PBAS yang lain, ingatlah kenangan kita merempit, berniaga dan berpolis bersama-sama. Mark sekarang tak seperti dulu dah. Dulu tak sibuk. Sekarang final sem banyak kerja kene buat. Semuanya tak terancang. Terasa juga nak bertemu dengan korang semua. InsyaAllah kita akan bertemu. Kepada semua PBAS yang masih tak dew lagi no telefon Mark boleh mintak kat sape-sape yang ada macam MinatSamaAkim@minat, Ecah dan Mashie. Dorang akan bagi. Tapi dorang akan Tanya Mark dulu. Sebab kalau ada pape nanti Mark masej jew korang semua.
p/s: Korang semua mesti join AJL24 yew. Sama-sama kita maju selangkah kehadapan.

0 comments: