Friday, December 18, 2009

ALAMAK.. Jangan Marah

Korang untuk menampakkan lebih teratu Mark ubah sikit blog nie agar tidak mempunyai kesesakkan video-video yang telah lama semasa melayari blog ini..

So kalau korang tak setuju Mark tukar semula..

Korang Mesej me ok.. SETUJU @ TIDAK..

Thursday, December 17, 2009

no 11

Fuh dari satu berita ke satu berita yang Mark dapat dari peminat AKIM.. Memang banyak story mory tapi malas nak cerita story mory yang agak remeh temeh..

No11..
Apekah tuh??

Untuk pengetahuan semua Akim akan perform kat AJL nanti no11.. Agak bertuah no tuh.. Ye la kan.. kalau no depan2 boring pulak menunggu result.. Persembahan belakng-belakang debaran terasa lama sikit kan...

So korang relaks-relaks jugak cuti nie undi tak lagi???

Thursday, December 10, 2009

CARA UNDIAN SMS

Untuk Kategori Penyayi Lelaki Popular
Kod : A10

Untuk Kategori Pelakon TV Lelaki Popular
Kod : G03

Untuk Kategori Penyayi Lelaki Baru Popular
Kod : O01

Cara-cara mengundi:

Taip BHABP[kod Kategori Artis][Artis] dan hantar ke 32728

Contoh:

BH ABP A01,02,03,04,05 hantar ke 32728..

Pastikan bila mengundi anda letak kod diatas supaya Akim tercalon top5..

Untuk maklumat lanjut beli paper lagi senang.. Kumpung sampai borang tujuh dan pangkah Artis benama AKIM pos kan ke alamat yang diberikan..

Teruskan undian.. Ingat setiap undia sejuta penghargaaaaaaaan..

Credit by :: Mark

Tuesday, December 8, 2009

Dulu mempertaruh sekarang bersaing..

Wah macam hebat tajuk Mark kali ini.. Memangla.. Sehangat AJL yang bakal tiba nanti.. Maklumlah taruhan besar oleh Akim untuk menunjukkan bakatnya yang lebih besar lagi dalam industri ini..

Jikalau Akim dapat memenangi anugerah ini namanya yang bakal dikenali ramai.. Amin suatu hari nanti..

Oh mengenai tajuk hari ini.. Tidaklah sepanas goreng pisang makcik depan umah Mark tapi adalah sedikit rasa nak bagitahu.. Ye la kan ingat tak lagu-lagu yang Akim pertaruhkan dalam konsert mingguannya.. Ingat lagi tak??

Harap korang ingat lagu ini lagi yer.. BENCINTA, SITUASI dan AURORA.. Lagu-lagu inilah yang Akim terpaksa berjinak-jinak untuk menang pada musim AF yang lalu.. Lagu ini yang membuat Akim terus kekal hingga ke final.. Akan tetapinya lagu-lagu ini juga yang akan menjadi saingannya dalam AJL yang bakal tiba nanti.. Maksud mark ialah macam kawan menjadi musuh.. Musuh persaingan sihat kan.. Tak pe la..

Apa-apa pun tu hanyalah fakta.. Memang dah ditentukan.. So kita hanya doakan yang terbaik nanti..

Terkejut tak terhingga masa tengok klonsert ulangan minggu ke4 AF7 apabila ada chatters mempromosikan seorang artis untuk diundi dalam ABP.. Ape kes?? Mark tak tahu pong.. Tu je terkeluar..

Mengigau Mark cari paper BH pada hari itu.. Tak jumpa.. Adoyai.. Ape kes lak nie.. Habis awal lah pulak kan..

So terpaksalah bermula dari awal pagi.. Keesokkanya awal-awal lagi g kedai buku.. Dapat jugak.. Kene kumpul 7 borang..

Setakat yang Mark tahu Akim tercalon dalam Penyayi Lelaki Popular, Pelakon TV Lelaki Popular.. dan insyaAllah ada lagi.. Korang juga boleh undi melalui SMS selain dari pangkah memangkah pada paper..

Yang heran buat Mark ialah kenapa Akim dan Mila tak tercalon Artis Duo/Berkumpulan Popular?? Padahal lagu Kau dan Aku tak tenggelam pong kat radio malan ada artis lain yang mana datangnya pula tercalon.. Pelik kan?? Sabotaj atau kesilapan yang asma macam Stacy??

yang penting korang undi apa yang ada ok.. Kita hanya berserah kepada rezeki.. menang kalah adat pertandingan yang penting kita dah cuba yang terbaik..

Ok lah sebelum mengundur diri buat seketika nanti Mark updatekan lagi cara mengundi dan apa yang perlu korang buat untuk menang ABP khas hadiah buat Akim tanda sokongan kita.. Amin..

*tak sabar nak terbang ke JOHOr..

Credit by::MarkDriver

Wednesday, December 2, 2009

kemenangan lagi..

Kemenangan lagi..
Mark rasa Mark la orang yang paling last menghupdate blog tentang kejayaan lagu BENGANG yang melayakkan diri ke final AJL24. Tapi apa-apa pong tak kesah la. Jumaat lepas sewaktu minggu ketiga separuh akhir muzik-muzik 24 Mark hanya menetap dirumah kerana Mark bakal mendapat anak buah yang kedua. Pada malam tersebut 8 lagu lagi yang berentap. Apa yang hendak Mark komentar kat sini adalah persembahan pada malam tersebut tidak sehebat malam mingu sebelumnya. Agak boring sedikit. Dengan muka yang agak stress, Mark cuba untuk menunggu sehingga abis sebab nak dengar pengumuman lagu BENGANG layak tak ke final..
Tunggu punya tunggu tibalah masa dan detiknya. Masa tuh memang tak hirau la keadaan diluar. Lagu pertama tiada lagi.. Lagu kedua juga tiada lagi. LAgu ketiga tak de lagi nie. Dan akhirnya lagu yang keempat seolah-olah macam nak gugur jantung. Terpilih juga lagu BENGANG. Kita tunggu je la finalnya nanti.. Hope semua ok.
Dalam keseronokan out ada juga dukanya. Bukan duka yang membuat kita sedih. Duka yang membuat Mark makin terharu. GAFIMMERS bertungkus lumus mengundi lagu BENGANG setiap minggu untuk menjuarakan lagu itu pada setiap minggu. Alhamdulillah semuanya menjadi. Tiga minggu berturut-turut lagu BENGANG menjadi juara carta. Setelah itu GAFIMMERS bertungkus lumus lagi untuk menghadiri separuh akhir tersebut dengan membawa banner baru. Paling terharu apabila Akim member ucapan dia tidak lupa bersyukur kepada tuhan dan mengucapkan terima kasih kepada GAFIMMERS.
“Akim akan buat yang persembahan dan vocal yang terbaik walaupun tak menang AJL”. Janjinya kepada GAFIMMES.
Kepada ahli PBAS yang lain, ingatlah kenangan kita merempit, berniaga dan berpolis bersama-sama. Mark sekarang tak seperti dulu dah. Dulu tak sibuk. Sekarang final sem banyak kerja kene buat. Semuanya tak terancang. Terasa juga nak bertemu dengan korang semua. InsyaAllah kita akan bertemu. Kepada semua PBAS yang masih tak dew lagi no telefon Mark boleh mintak kat sape-sape yang ada macam MinatSamaAkim@minat, Ecah dan Mashie. Dorang akan bagi. Tapi dorang akan Tanya Mark dulu. Sebab kalau ada pape nanti Mark masej jew korang semua.
p/s: Korang semua mesti join AJL24 yew. Sama-sama kita maju selangkah kehadapan.